Polis ambil keterangan lapan individu tidak hormat 'Negaraku'
KUCHING, 1 Okt — Lapan individu telah dipanggil untuk diambil
keterangan berhubung satu rakaman video yang tular memaparkan sekumpulan
individu yang dilihat enggan berdiri ketika lagu Negaraku dimainkan dalam satu majlis di sini.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Dev Kumar berkata kesemua individu terbabit bagaimanapun tidak ditahan selepas keterangan mereka selesai dirakam.
Katanya pihaknya menerima laporan berhubung insiden berkenaan tengah hari semalam.
“Berdasarkan laporan ini, polis telah memulakan siasatan di bawah seksyen 8 (3) Akta Lagu Kebangsaan 1968,” katanya dalam jawapan ringkas kepada Bernama semalam.
Menurut
laporan portal tempatan, kesemua individu berkenaan dipercayai
merupakan ahli Kumpulan Sarawak For Sarawakians (S4S) yang bertindak
demikian sebagai tanda protes terhadap janji kerajaan Persekutuan kepada
negeri itu yang tidak dipenuhi.
Video
berdurasi 22 saat berkenaan dipercayai dirakam di satu majlis makan
malam, minggu lepas, sebelum dimuat naik di media sosial dan dikongsi
lebih 4,000 akaun. — Bernama
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Dev Kumar berkata kesemua individu terbabit bagaimanapun tidak ditahan selepas keterangan mereka selesai dirakam.
“Berdasarkan laporan ini, polis telah memulakan siasatan di bawah seksyen 8 (3) Akta Lagu Kebangsaan 1968,” katanya dalam jawapan ringkas kepada Bernama semalam.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.