https://critoxium.com/shop/

Terkini

Prk Tanjung Piai: Bn Mungkin Berbalah ,Umno Tempatan Tolak MCA.

Tinggi kemungkinan BN Johor akan bergolak sebelum penamaan calon di kerusi P.165 Tanjung Piai, berikutan ahli-ahli Umno tempatan inginkan ketua bahagian mereka Jefridin Atan yang bertanding.
Umno tempatan berpendapat Jefridin berpeluang menang berbanding MCA yang tewas kerusi tersebut kepada PH di PRU14 lepas.

Dari info dalaman, kesemua 88 pimpinan cawangan bersetuju 100% Umno yang layak menandingi kerusi parlimen Tanjung Piai.

Jika kesemua ketua cawangan bersetuju Umno yang bertanding, siapa lagi yang layak selain ketua bahagian mereka.

Sekiranya individu lain atau MCA yang bertanding, tinggi peratusnya akan berlakunya sabotaj terhadap calon tersebut.

Nama Jefridin bertiup kencang disebut sebagai calon pilihan kesemua cawangan Umno tempatan.

88 ketua cawangan Umno Bahagian Tanjung Piai telah meluluskan resolusi mendesak MCA supaya memberikan kerusi tersebut kepada Umno di mesyuarat khas pada Sabtu lalu.

Kepimpinan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Tanjung Piai telah menghadiri mesyuarat khas tersebut.

Jefridin juga dilaporkan berkata, memberi kerusi tersebut kepada Umno adalah wajar kerana MCA gagal mengekalkan sokongan terhadap BN di PRU lepas.

Kerusi Parlimen Tanjung Piai adalah pecahan daripada kawasan Parlimen Pontian, yang ditandingi oleh MCA/BN sejak PRU 1986.

Namun, selain Jefridin, ada empat individu lain yang juga sedang dipertimbangkan untuk menjadi calon Umno. Diantaranya, Mohamed Khaled Nordin dan Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan.

Dalam pada itu, MCA masih bertegas untuk bertanding kerusi tersebut dan ingin mencalonkan Ketua Pemudanya Nicole Wong.

Sementara itu, Bersatu/PH juga telah ada sekurang-kurangnya tiga calon untuk disenarai pendek sebagai bakal calon.

Antaranya ialah Ketua Bersatu Bahagian Tanjung Piai, Karmaine Sardini dan bekas Adun Kukup, Suhaimi Salleh.

Turut disenaraikan, ibu kepada aruah Farid sendiri, Norma Mohamed, yang juga Ketua Wanita Bersatu Bahagian Tanjung Piai.- FB Azmi CQ Hamid

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.