Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberi bayangan parti
itu bakal bertanding pada PRK Parlimen Tanjung Piai yang akan diadakan
pada 16 Nov depan.
Berucap merasmikan Konvensyen Umno Johor, di
Johor Bahru hari ini, Ahmad Zahid berkata pengundi Melayu di kawasan
berkenaan mahukan perubahan di kawasan tersebut.
"Ya, kerusi
tradisi adalah kerusi MCA. Kita tahu bahawa 56.9 peratus atau hampir 57
peratus daripada pengundi Tanjung Piai adalah orang Melayu.
"Umno
dan orang Melayu di Tanjung Piai mahukan perubahan. Namun, MCA juga mahu
mengekalkan tradisinya. Tidak ada sesuatu yang mustahil, jika MCA dapat
berbesar hati, MCA dapat berlapang dada kan," katanya.
Turut
hadir, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan, Naib Presiden Umno Mohamed
Khaled Nordin, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor Datuk Ir Hasni
Mohamad dan Presiden MCA Dr Wee Ka Siong.
Ditanya
pemberita maksud di sebalik MCA perlu berlapang dada itu selepas majlis
perasmian berkenaan, Ahmad Zahid berkata: “MCA sentiasa berlapang dada
sama seperti MIC di PRK Cameron Highlands.”
Ahmad Zahid dalam
ucapannya, turut mengumumkan Hasni sebagai Pengarah Pilihan Raya PRK
Tanjung Piai manakala Ketua Umno Bahagian Tanjung Piai Jefridin Atan
sebagai pengarah operasi.
PRK Parlimen Tanjung Piai yang merupakan
PRK kesembilan selepas PRU ke-14 diadakan berikutan kematian
penyandangnya, Dr Md Farid Md Rafik, 42, yang juga Timbalan Menteri di
Jabatan Perdana Menteri pada 21 Sept lepas, berikutan komplikasi
jantung.
Pada PRU ke-14, Dr Md Farid yang merupakan seorang pakar
bius dan timbalan ketua Bersatu Tanjung Piai memenangi kerusi parlimen
itu dengan majoriti 524 undi menewaskan Wee Jeck Seng (BN-MCA) dan
Nordin Othman (PAS).
-Bernama
Zahid bayang Umno bertanding di Tanjung Piai
Reviewed by editorreformis
on
Oktober 05, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
PETALING JAYA: Laungan “Tolak Umno” bergema dalam sebuah ceramah Pakatan Harapan (PH) di Paroi, Seremban, malam tadi selepas beberapa pemimp...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.