https://critoxium.com/shop/

Terkini

Himpunan ‘BN’ Jumaat ini


Himpunan Barang Naik (BN) akan diadakan pada 1 Julai ini bertempat di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur selepas selesai sembahyang Jumaat.

“Ayuh rakyat Malaysia kita berhimpun nyatakan bantahan kepada kerajaan atas kenaikan harga barang,” demikian seruan dalam notis yang diedar kepada media hari ini.

Aksi unjuk rasa itu merupakan anjuran dua biro dalam Parti Amanah Negara (AMANAH) iaitu Biro Pengguna dan Biro Mobilisasi dengan masing-masing diketuai oleh Faiz Fadzil dan Sany Hamzan.

Untuk rekod, Faiz merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang manakala Sany ialah ADUN Taman Templer, Selangor.

Himpunan membantah kenaikan mendadak harga bahan makanan pada 1 Julai itu serentak dengan tarikh bermulanya pemansuhan pemansuhan harga kawalan siling ayam, telur ayam dan subsidi minyak masak tulen bagi pek kemasan botol.

Langkah kerajaan melakukan pemansuhan itu dibimbangi mengakibatkan inflasi makanan melambung.

Sebelum ini, firma penyelidik MIDF Research dalam satu nota penyelidikan, berkata dalam tempoh empat bulan tahun ini, harga makanan melonjak sebanyak 3.9 peratus tahun ke tahun.

Dalam hal berkaitan, Jawatankuasa Kos Sara Hidup Pakatan Harapan (PH) hari ini mencadangkan kepada Majlis Presiden dan rakyat untuk melancarkan protes besar-besaran di kesemua 222 kawasan Parlimen.

Menerusi kenyataan jawatankuasa yang diwakili PKR, AMANAH dan DAP itu, protes di seluruh negara itu dilakukan ekoran kegagalan kerajaan membendung kenaikan kos sara hidup rakyat.

Jawatankuasa tersebut juga menyarankan agar gerakan bantahan itu dimulakan dengan sekurang-kurangnya aksi rasa kilas (flashmob).

 

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.