https://critoxium.com/shop/

Terkini

Guna fakta jangan auta, MB kena faham rizab sebenar negeri Kedah


Adun Pengkalan Kundor, Dato’ Dr Ismail Salleh menempelak Menteri Besar (MB) Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kerana memberi gambaran yang salah terhadap rizab kerajaan negeri Kedah semasa pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

“MB jangan bohong isu rizab kerajaan negeri Kedah kerana fakta sebenar rizab negeri telah direkodkan tanpa perlu memberi gambaran salah,” katanya.

Fakta sebenar rizab negeri Kedah mengikut tahun ialah sebanyak RM43. 41 juta pada tahun 2015 dan RM70. 69 juta bagi tahun 2016 serta RM153. 92 juta pada tahun 2017.Bagi tahun 2018 pula ialah sebanyak RM74. 57 juta, RM320. 48 juta untuk tahun 2019 dan RM357. 03 juta pada tahun 2020.

“Kerajaan PH telah menyimpan sebanyak RM320.48 juta pada tahun 2019 dan dibawa ke tahun 2020 sehingga bulan Mei 2020 apabila kerajaan PH dirampas dan pada akhir tahun 2020 rizab Kedah berjumlah RM357.03 juta dengan pertambahan hanya 37 juta dari tahun sebelumnya, ” ujar beliau yang juga merupakan Timbalan Pengerusi AMANAH Negeri Kedah.

Tambahnya, gambaran salah yang hendak ditanam oleh MB ialah kerajaan PH tinggalkan rizab sebanyak RM40 juta sahaja dan beliau pula seolah- olah telah menambahkan sehingga RM600 juta atas kepandaian beliau memerintah Kedah, dan ini adalah satu pembohongan.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa rizab simpanan negeri mencecah RM600 juta dan yang tertinggi di bawah pentadbirannya.

Namun kenyataan Sanusi mengundang kesangsian apabila angka tersebut hanya retorik dengan mengambil pendekatan pukul rata dan memasukkan segala bentuk pelaburan dan aktiviti ekonomi sebagai rizab negeri.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.