PH tumpu perhatian kepada Konvensyen Nasional vensyen Nasional
TUMPAT: Kerajaan Perpaduan meraikan agenda Proklamasi Orang Melayu yang diterajui bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi mahu menumpu perhatian kepada Konvensyen Nasional Ahad ini.
Setiausaha Agung Pakatan Harapan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata gabungan itu akan terus memperkukuh kerjasama pelbagai parti dalam Kerajaan Perpaduan dan menyifatkan kerajaan yang ada sekarang hasil daripada gabungan yang sangat stabil.
"Pihak tertentu boleh teruskan (proklamasi) dan kami akan terus fokus kepada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang akan berlangsung pada 14 Mei ini, iaitu akan gabungan 19 parti politik.
"Belum pernah dalam sejarah politik negara sebuah Kerajaan Perpaduan diisi dengan 19 parti politik. Tunku Abdul Rahman dulu dia gabungkan tiga parti etnik terbesar. Tun Abdul Razak pula gabungkan Barisan Nasional dan gabungan itu semua diteruskan sekarang dalam gabungan 19 parti politik.
"Kami bukan saja akur dengan titah perintah ke bawah duli tuanku yang mahukan Kerajaan Perpaduan ini diwujudkan tapi kami juga terjemahkan dalam bentuk satu gabungan politik yang memberikan kestabilan politik," katanya di sini, hari ini.
Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, selain kestabilan politik yang menjadi fokus Kerajaan Perpaduan, ekonomi dan pembelaan rakyat juga diutamakan.iau berkata, sebagai sebuah gabungan dan mewakili segenap wilayah di Semenanjung dan Sabah serta Sarawak, beliau enggan terlalu mengambil perhatian agenda proklamasi.
"Kami ini sebuah gabungan yang inklusif, mewakili segenap wilayah Semenanjung dan Sabah, Sarawak juga. Malah, kami mempunyai gabungan pelbagai rupa etnik," katanya.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.