https://critoxium.com/shop/

Terkini

Muhammad Faiz kembali dilantik Pengerusi LKIM


 PUTRAJAYA – Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Muhammad Faiz Fadzil kembali dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) selepas menjawat jawatan sama pada 2018.

Pelantikan Muhammad Faiz yang juga Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah) diumumkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menerusi kenyataan akhbar hari ini.
 
Mohamad berkata, Muhammad Faiz adalah antara lima individu dilantik bagi Pengerusi di lima buah Badan Berkanun Persekutuan di bawah kementeriannya berkuatkuasa 15 Mei ini.
 
Beliau berkata, kesemua pelantikan itu telah dipersetujui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Empat individu lain termasuk Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar yang dilantik sebagai
Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang manakala Aminuddin Zulkipli pula dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan.
 
“Selain itu, Dr. Azman Ismail pula dilantik sebagai Pengerusi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia dan Sheikh Umar Bagharid Ali sebagai Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia,” katanya.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.