https://critoxium.com/shop/

Terkini

PH Kubang Pasu siap sedia hadapi PRN 2023



 JITRA – Parti komponen Pakatan Harapan iaitu AMANAH, PKR dan DAP telah selesai melakukan penstrukturan pengurusan di peringkat Jawatankuasa Penyelaras Parlimen Kubang Pasu pada 11 Mei lalu.

Pengerusi PH Kubang Pasu, Haji Othman Awang berkata, parti gabungan PH Kubang Pasu telah mencapai konsensus menyusun semula struktur pengurusan dan organisasi PH Kubang Pasu bagi persiapan menghadapi PRN 2023 dijangka berlaku pada Julai atau Ogos depan.

Katanya, PH Kubang Pasu di dalam proses membina pasukan gerak kerja PRN 2023 melibatlan tiga komponen parti dalam PH, di samping akan mengukuhkan kerjasama dengan rakan politik baru iaitu Barisan Nasional dalam masa terdekat.

Hj Othman menambah, PH Kubang Pasu sebulat suara bersetuju menjalinkan kerjasama dengan rakan politik baru Barisan Nasional Kubang Pasu, di mana hal itu akan dimuktamadkan dalam pertemuan dengan Barisan Nasioanl pada minggu akhir Mei ini.

“Insha Allah, kami (PH dan BN) akan membentuk sebuah sekretariat yang berperanan sebagai barisan hadapan di dalam gerak kerja PRN 2023 akan datang, katanya.

“Dapatan reaksi di lapangan, kerjasama PN dan BN membentuk kerajaan perpaduan Malaysia memberi impak positif, sekaligus ia menjadi momentum untuk menghadapi  PRN 2023 depan. Kami lihat ia suatu petanda amat baik buat kami, sekaligus ia peluang kepada kami (PH dan BN) meletakkan calon bertanding di DUN Jitra dan Bukit Kayu Hitam, tegasnya.

Pada mesyuarat PH Kubang Pasu diadakan di Hotel Darulaman, Khamis lalu, Ketua Amanah Kubang Pasu, Haji Othman Awang telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Parlimen Kubang Pasu yang baru dan Kapt. Azizi Azizan (PKR) serta Ooi Eng Tong (DAP) sebagai Timbalan Pengerusi. Ketua Wanita PH disandang oleh Maimunah Mohamad (Amanah) dan Luqman Syafiq Ahmad Fadzil (PKR), dilantik sebagai Ketua Pemuda.

Setiausaha PH Kubang Pasu diamanahkan kepada Basir Haji Ismail (Amanah) dan Bendahari pula kepada Jasni Ismail (PKR) berserta lima wakil setiap parti dilantik ke dalam Jawatankuasa Penyelaras Parlimen Kubang Pasu. – MEDIA RAKYAT KUBANG PASU

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.