https://critoxium.com/shop/

Terkini

Lelaki ditahan, marah polis trafik dengan kata-kata kesat


GEORGE TOWN: Polis menahan seorang lelaki kerana bertindak memarahi anggota polis trafik dengan kata-kata kesat kerana tidak berpuas hati akibat dikenakan tindakan saman dalam kejadian di Lebuhraya Thean Teik, Air Itam, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Lee Swee Sake, berkata lelaki berumur 25 tahun itu ditahan di Taman Terubong Jaya, Air Itam di sini kira-kira 10.30 malam bagi membantu siasatan kes terbabit.

"Hari ini telah tular satu video menerusi aplikasi WhatsApp memaparkan seorang penunggang motosikal memarahi anggota polis trafik dengan kata-kata kesat kerana tidak berpuas hati akibat dikenakan saman selepas lelaki itu melanggar lampu isyarat merah.

"Kejadian itu berlaku pada 6.45 petang semalam di Lebuhraya Thean Teik dan pihak polis mengesahkan turut menerima satu laporan polis daripada anggota trafik berkenaan semalam," katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata, lelaki itu kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.