Hanya BN mampu langsungkan pembangunan Kedah
Oleh Jamliah Abdullah
RABU lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi melawat Kedah. Barangkali tidak terhitung jumlah lawatan pemimpin nombor satu negara itu ke bumi jelapang padi negara sepanjang tahun ini yang sekali gus menjelaskan penekanan Kerajaan Pusat terhadap pembangunan Kedah.
RABU lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi melawat Kedah. Barangkali tidak terhitung jumlah lawatan pemimpin nombor satu negara itu ke bumi jelapang padi negara sepanjang tahun ini yang sekali gus menjelaskan penekanan Kerajaan Pusat terhadap pembangunan Kedah.
Begitu juga dalam lawatan yang
terbaharu itu, beliau memperuntukkan tempoh sehari suntuk di Kedah bagi
membolehkannya bertemu dan mendekati penduduk terdiri segenap lapisan
dari golongan nelayan, pesawah sehingga ke penoreh malah, dari
kepimpinan kerajaan negeri sehingga ke penjawat awamnya.
Namun lebih penting, lawatan Perdana Menteri
kali ini sangat signifikan apatah lagi Kedah adalah negeri pertama
dilawati beliau selepas pembentangan Bajet 2018 pada 27 Oktober lalu.
Hal
ini sendiri diakui Najib ketika berucap dalam salah satu program ketika
lawatannya itu iaitu betapa pembangunan negeri ini sentiasa berada
dalam radar beliau demi kesejahteraan penduduk Kedah.
“Segala
aspirasi jadi kenyataan, banyak lagi program kita akan buat. Kedah akan
tetap kita perjuangan sebagai negeri penting dan lebih maju di bawah
kerajaan yang ada sekarang,” katanya ketika berucap dalam majlis
Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Penjawat Awam Negeri Kedah di
pekarangan Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar.
Aspirasi
yang dimaksudkan beliau tentunya untuk membangunkan ekonomi Kedah agar
penduduk dapat merasai limpahan ekonominya melalui pelbagai projek
baharu yang diumumkan seperti Special Border Economic Zone di Bukit Kayu
Hitam yang merangkumi Zon Perindustrian Bebas dan Pusat Kanser di
Sungai Petani.
Bukan sekadar retorik kerana projek berkenaan adalah salah satu projek mega yang dibentangkan beliau dalam Bajet 2018 lepas.
Perancangan
yang dirangka mampu melonjakkan pembangunan negeri kerana ia pasti
melibatkan infrastruktur yang dipertingkatkan dan bidang ekonomi baharu
yang boleh diterokai.
Di peringkat kerajaan
negeri, bukan sekadar projek mega iaitu Bandaraya Getah Kedah dan Taman
Sains dan Teknologi Kedah (KSTP) yang digariskan dalam Rangka Tindakan
Pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (Blueprint 2.0).
Pelbagai
insentif melimpahi penduduk negeri ini di bawah pentadbiran Menteri
Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah termasuk Bantuan Rakyat Kedah
(Barakah) turut memberi impak tersendiri.
Khabarnya,
dalam pembentangan bajet kerajaan negeri pada pertengahan bulan ini
lebih banyak insentif dan kejutan bakal diumumkan untuk penduduk Kedah.
Perkara
itu jelas menunjukkan bahawa pembangunan negeri jelapang padi ini
sentiasa menjadi perhatian kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk
menjadikan Kedah sebuah negeri berpiawaian tinggi dan mempunyai
infrastruktur terbaik.
Oleh itu juga, demi
kelangsungan pembangunan Kedah yang kelak memakmurkan rakyat betapa
pentadbiran kerajaan negeri perlu diterajui oleh satu parti yang stabil,
kukuh dan berpengalaman seperti BN bukan parti lain.
Pengalaman
perit berada di bawah pembangkang sepenggal dahulu tentunya masih
berbekas terutama apabila banyak pembangunan terbantut gara-gara
pelbagai krisis yang dasarnya bermula daripada organisasi parti itu yang
tidak stabil dan goyah.
Pembangkang Kedah
yang ada sekarang pun apa kurangnya. Jika dalam soal paling asas iaitu
pembahagian kerusi untuk pilihan raya umum pun masih bercelaru dan
bertelagah sesama pemimpin sendiri wajarkah masa depan negeri ini
dipertaruhkan kepada mereka.





Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.