https://critoxium.com/shop/

Terkini

Harapan Untuk Anak Anak Muda Era Pakatan Harapan

Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

2. Orang tua (dari sudut angka) seperti saya, banyak pertimbangkan keputusan dlm sebarang urusan termasuk urusan politik berpandukan pengalaman.

3. Pengalaman kadang-kadang tidak selari dgn idealisme. Sebagaimana idealisme tidak semestinya sesuai dgn realiti, begitu juga pengalaman.

4. Justeru, sebagaimana orang tua tidak wajar mengenepikan idealisme, orang muda juga tidak wajar menyisihkan pengalaman. Kedua-dunya boleh diserasikan dgn realiti.

5. Orang tua seperti saya, apatah lagi seperti Tun M dan Bang Mat Sabu, sudah pun menyediakan diri utk berundur dan menyerahkan urusan negara ini kpd orang muda.

6. Namun berdasarkan pengalaman, apabila orang muda yg ada tidak pandai berhalus apabila berbahasa dan tidak mesra apabila berbeza, bagaimana urusan besar ini mahu diserah kpd mereka.

7. Ya, semasa saya muda dulu saya juga begitu. Sukakan "kekerasan", agak tergesa-gesa dan kerap meremehkan pengalaman orang tua, saya tak kecil hati jika ada muda bersikap begitu pada hari ini.

8. Ayuh anak muda, haluskan budimu, raikan orang yg berbeza denganmu dan tajamkan kemesraanmu, tentulah kamu sehebat Muhammad al-Fateh utk kami serahkan urusan negara dan umat ini kepadamu.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.