PPBM Pertahan Prinsip rai Sokongan Tanpa Jejas Pentadbiran
Saya selaku pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Negeri Perak yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Negeri dengan ini ingin memaklumkan bahawa saya telah hadir ke satu majlis kemasukan ADUN Sungai Manik Dato Zainol Fadzi Paharuddin pada 14/5/2018 yang telah diadakan di Hotel Kinta RiverFront.
Seperti yang semua maklum bahawa Dato Zainol Fadzi Paharuddin adalah antara mereka yang menyatakan sokongan kepada Pakatan Harapan Negeri Perak selepas PRU14 yang lalu. Kehadiran saya tidak lain hanya untuk menerima kemasukan beliau dan meraikan penyertaan yang lain sebagai tanda sokongan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia peringkat Negeri Perak.
Namun setelah berakhir sidang media saya dimaklumkan kehadiran saudara Jamaluddin Mohd Radzi yang telah menjadi salah satu faktor pengkhianatan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat sehingga berlaku krisis pentadbiran di negeri perak pada tahun 2008. Untuk itu setelah mengambil maklum semua perkara dan asas yang kukuh saya dengan ini memaklumkan bahawa permohonan beliau untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia telah DITOLAK tanpa RUNDINGAN. Keputusan ini diambil atas prinsip bahawa setiap kemasukan sesiapa sahaja ke dalam Pakatan Harapan khususnya di Negeri Perak akan dibawa untuk pertimbangan yang tegas agar segala episod duka rakyat tidak berulang.
Terima kasih saya ucapkan kepada rakyat Perak yang memberikan kritikan keatas isu ini dan kepada Pimpinan Pakatan Harapan Negeri Perak yang bersama-sama saya teguh untuk memastikan Kerajaan Perak terus mendahulukan rakyat dan memperkukuhkan Kerajaan Negeri.
#KERAJAANRAKYATPERAK
YAB AHMAD FAIZAL DATO AZUMU
MENTERI BESAR PERAK

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.