https://critoxium.com/shop/

Terkini

90 peratus kuota Bumiputera kekal, Matrik terima 40,000 pelajar

KUALA LUMPUR, 24 April — Bilangan kemasukan pelajar ke program matrikulasi Kementerian Pendidikan (KPM) ditambah kepada 40,000 tempat, berbanding 25,000 sebelum ini, kata Menterinya Maszlee Malik.

Katanya, kerajaan Pakatan Harapan melihat keperluan untuk menambah bilangan pelajar dalam bidang sains dan kapasiti yang terdapat pada program matrikulasi wajar dimaksimumkan bagi tujuan tersebut.

“Keputusan ini juga dilihat sebagai kaedah terbaik dalam memastikan program matrikulasi dapat memberikan peluang pendidikan kepada semua kaum.

“KPM juga akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan dalam masa terdekat berhubung kos terlibat berikutan keputusan pertambahan jumlah pelajar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Maszlee dalam pada itu berkata mesyuarat Jemaah Menteri hari ini juga memutuskan kuota 90 peratus untuk pelajar Bumiputera dan 10 peratus untuk pelajar bukan Bumiputera dikekalkan, selaras dengan visi asal program ini bagi menggalakkan pelajar Bumiputera melanjutkan pelajaran dalam bidang sains.

“Kabinet juga telah meminta KPM menilai pendekatan strategik bersesuaian termasuk menggunakan premis dan kepakaran di Institut Pendidikan Guru bagi menampung pertambahan yang diputuskan ini,” katanya. — Bernama

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.