https://critoxium.com/shop/

Terkini

PAS Putus Kerjasama, Bersatu Tunggu ROS: Muhyiddin Buka Lembaran Baharu


Itu penegasan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengulas keputusan Pas menamatkan kerjasama dengan partinya, sambil menjelaskan Bersatu pada masa sama sedang menunggu keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berhubung aduan terhadap beberapa perkara dalam Perikatan Nasional (PN).

Muhyiddin berkata keputusan untuk tidak lagi bekerjasama bukan dibuat oleh Bersatu, sebaliknya merupakan pendirian yang dipilih Pas.

Mengulas aduan terhadap PN, Muhyiddin berkata Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah dipanggil ROS untuk memberikan penjelasan.

Menurutnya, Bersatu mengemukakan lapan perkara pokok yang didakwa telah dilanggar dan tidak dihormati pimpinan PN, selain mendakwa perkara berkenaan berlaku berulang kali.

“Ia berlaku berulang kali dan ini satu perkara yang tak boleh kita ambil mudah,” katanya.

Muhyiddin berkata Bersatu menyerahkan kepada kebijaksanaan ROS untuk menentukan tindakan selanjutnya dan berharap keputusan dapat dibuat dalam tempoh terdekat.

Ketegangan Bersatu-Pas semakin ketara selepas Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebelum ini menyatakan ruang untuk berdamai antara kedua-dua parti sudah tertutup susulan keputusan Bersatu bertanding menentang PN pada PRN Negeri Sembilan, selain wujud kenyataan mengenai kemungkinan Bersatu bekerjasama dengan PH menjelang PRN Melaka.

Bersatu sebelum ini turut mendakwa tidak dilibatkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 16 Julai lalu, sekali gus mendakwa haknya untuk hadir dan memberikan pandangan berdasarkan Fasal 7 Perlembagaan PN dinafikan.

Dengan aduan kini berada dalam perhatian ROS dan hubungan politik dengan Pas semakin renggang, hala tuju Bersatu dalam PN serta bentuk kerjasama yang bakal dibina menuju pilihan raya seterusnya terus menjadi perhatian

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.