SEORANG ahli PAS adalah salah seorang daripada 12 suspek yang ditahan
berkaitan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam
minggu lepas, kata sumber polis.
Sumber memberitahu The Malaysian Insight yang suspek itu, U
S Subramaniam adalah ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), sayap
parti itu untuk orang bukan Islam.
Maklumat itu terdedah ketika pemimpin PAS asyik mengecam DAP selepas
dua Adunnya ditahan dalam operasi besar-besaran menghapuskan pengaruh
LTTE di Malaysia itu. Mereka turut meminta beberapa pemimpin DAP seperti
P Ramasamy dan M Kula Segaran disiasat kerana kes itu.
Pemimpin PAS dan beberapa pemimpin luar seperti Mufti Perlis Mohd
Asri Zainul Abidin turut menggesa parti sosialis itu disiasat kerana
menyokong keganasan susulan tangkapan itu.
DAP juga mendapat kecaman hebat di media sosial selepas beberapa orang pemimpinnya mengecam penahanan dua Adun itu.
Sumber Bahagian Cawangan Khas Anti Keganasan (E8) Bukit Aman mengesahkan penahanan Subramaniam.
“Ya, dia daripada parti Islam itu tetapi dia ahli sayap parti penyokong bukan Islam,” kata sumber.
Sumber itu juga mendedahkan Subramaniam sebelum itu adalah ahli Parti Progresif Penduduk (PPP).
“Dia sertai PAS daripada PPP,” tambah sumber.
Seorang pegawai DHPP bagaimanapun, memberitahu The Malaysian Insight yang Subramaniam sudah keluar PAS pada 21 Mei 2018.
“Dia sertai DHPP pada 14 Januari 2018 tetapi berhenti pada Mei tahun
sama. Kami ada surat perletakan keahliannya,” kata pegawai itu yang
tidak mahu namanya disebut kerana beliau tidak berkuasa mengeluarkan
kenyataan rasmi.
Pemeriksaan The Malaysian Insight di akaun media sosialnya juga
mendapati Subramaniam adalah penyokong kuat Najib Razak. Catatan di
Facebooknya didapati banyak berkongsi berita Najib.
Subramaniam juga aktif menghasilkan video di YouTube, bercakap
tentang pelbagai isu semasa. Videonya kerap dikongsi secara meluas di
WhatsApp.
“Dia ditahan pada Khamis lepas di Selangor. Hari sama polis menahan dua ahli DAP,” kata sumber polis.
Dua Adun DAP yang ditahan adalah Adun Gadek G Saminathan yang juga exco Melaka serta Adun Seremban Jaya P Gunasekaren.
Setakat ini, polis sudah menahan 12 orang di beberapa lokasi di
Selangor, Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Kuala
Lumpur.
Kesemua mereka ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan
(Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) yang membenarkan penahanan tanpa
bicara selama 28 hari.
Polis juga mendedahkan beberapa “orang penting VIP” sedang dalam
pemantauan kerana disyaki ada kaitan dengan kumpulan pengganas yang
sudah bubar itu. –
Ahli PAS antara 12 ditahan kerana LTTE, kata sumber polis
Reviewed by editorreformis
on
Oktober 15, 2019
Rating: 5
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
2491278
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Post Comment
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.