Kebanyakan kedai tutup pada hari pertama perintah kawalan pergerakan
yang bermula hari ini, untuk membendung penularan wabak Covid-19.
Bagaimanapun tetap ada yang ingkar arahan tersebut sehingga perlu diarahkan pihak berkuasa untuk berbuat demikian.
Ia
termasuklah sejumlah restoran yang membenarkan pelanggan untuk makan di
premis mereka, dan beberapa pasar tani yang masih meneruskan operasi
biarpun tidak dikecualikan daripada perintah berkenaan.
China Press
melaporkan rakaman video yang menunjukkan pihak berkuasa tempatan
mengarahkan peniaga pasar tani di Kuala Langat untuk menghentikan
jualan.
Menurut
rakaman itu, pegawai yang menaiki kenderaan menggunakan pembesar suara
untuk mengarahkan para peniaga menghentikan jualan.
Berdasarkan
perintah kawalan pergerakan, hanya pasar awam yang dibenarkan beroperasi
sementara pasar tani, pasar malam dan pasar-pasar lain dilarang.
Restoran
pula tidak dibenarkan menerima pelanggan untuk makan di situ,
sebaliknya hanya boleh menjual makanan untuk dibawa pulang dan menerusi
khidmat penghantaran.
Sesetengah peniaga yang beroperasi macam biasa hari ini berkata mereka tidak jelas dengan perintah kawalan pergerakan.
Menurut
laporan itu lagi, 70 peratus penjaja masih beroperasi seperti biasa di
pasar Pudu hari ini, dengan alasan tidak dimaklumkan mengenai perintah
berkenaan.
“Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kata tidak dibenarkan,
tapi kami tak terima apa-apa notis. Kami hanya tahu mengenainya hari
ini,” kata seorang penjaja.
Berdasarkan perintah berkenaan, yang
berkuat kuasa bermula hari ini sehingga 31 Mac, semua jenis perniagaan
dan perkhidmatan kecuali perkhidmatan penting perlu ditutup.
Di Sungai Petani, Kedah, seorang pemilik kedai kopi dilaporkan membenarkan pelanggannya untuk makan dan minum di kedainya.
Di
Subang Jaya, sebuah restoran berdekatan pasar SS15 terus menyediakan
makanan kepada pelanggan seperti biasa di premis, seperti laporan Malay Mail.
Salah seorang pekerja di situ memaklumkan dia tidak menerima sebarang makluman daripada majikannya.
Di
Miri, Sarawak, dilaporkan pelanggan, yang rata-ratanya golongan
berusia, berkumpul seperti biasa di kedai kopi untuk bersarapan.
Bagaimanapun, perniagaan-perniagaan lain sudah mula melaksanakan langkah untuk patuh pada perintah kawalan pergerakan.
Pemeriksaan
di sekitar Lembah Klang mendapati restoran memaparkan notis bahawa
mereka hanya akan melayan pesanan makanan untuk dibawa pulang.
Kerusi juga didapati disusun pada jarak sesuai buat pelanggan-pelanggan yang menunggu makanan mereka siap.
Ada juga pengusaha restoran yang menutup ruang makan manakala beberapa lagi tidak meletakkan kerusi di kedainya.
Perintah
kawalan pergerakan menjadikan Lembah Klang yang biasanya sibuk menjadi
"bandar hantu", dengan perniagaan-perniagaan tidak penting menutup
operasi dan orang ramai memilih untuk tidak keluar rumah
Hari pertama perintah kawalan pergerakan - ada terus ingkar
Reviewed by editorreformis
on
Mac 18, 2020
Rating: 5
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
2488591
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Post Comment
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.