Berita gembira buat kakitangan awam dalam Bajet
PUTRAJAYA, 3 Okt — Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak berkata beberapa khabar gembira dan penambahbaikan
untuk penjawat awam akan diumumkan dalam Bajet 2018 yang akan
dibentangkan pada 27 Oktober ini.
“Saya faham, ramai yang ternanti-nanti akan pengumuman-pengumuman tertentu,” kata Najib, yang juga menteri kewangan, pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-15 di sini hari ini.
Kenyataan Najib itu disambut tepukan gemuruh lebih 5,000 penjawat awam yang menghadiri acara tahunan itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Pada acara itu, perdana menteri menyampaikan amanat kepada anggota perkhidmatan awam daripada pelbagai perkhidmatan di peringkat persekutuan, negeri, kerajaan tempatan dan syarikat berkaitan kerajaan. — Bernama

Post Comment
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.