https://critoxium.com/shop/

Hamidah sangkal dakwaan ditawarkan wang keluar PPBM

PETALING JAYA: Bekas naib presiden PPBM Datuk Hamidah Osman menafikan ditawarkan rasuah untuk meninggalkan parti itu bulan lepas, seperti mana didakwa Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Abdul Rahman semalam.

Hamidah menyifatkan dakwaan itu “liar” dan berkata akan pertimbangkan tindakan undang-undang terhadap Syed Saddiq.

Syed Saddiq mendakwa ada “tangan ghaib” cuma merasuah beliau untuk keluar parti dan tawaran sama turut ditawarkan kepada pemimpin lain, termasuk Hamidah, yang sudah meninggalkan parti itu.

“Saya tidak pernah dapat tawaran untuk meninggalkan parti dan saya tidak sertai Umno semula,” kata bekas ketua penerangan Wanita Umno itu, yang meninggalkan Umno pada 2015 dan bersama menubuhkan PPBM pada September tahun lepas.

Hamidah meninggalkan PPBM pada 16 September lalu.

Syed Saddiq mendakwa beliau ditawarkan RM5 juta untuk mengadakan sidang media mengumumkan beliau akan meninggalkan negara dan memburukkan parti dan pimpinannya.

Beliau mendakwa wang itu ditawarkan dengan syarat beliau menyerang bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menter besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.


Beliau mendakwa diminta untuk menggambarkan pemimpin PPBM hanya memikirkan perjuangan peribadi.

Dr Mahathir adalah pengerusi PPBM, Muhyiddin adalah presiden dan Mukhriz pula timbalan presiden parti.

Syed Saddiq, 25, berkata beliau juga ditawarkan geran khas untuk menubuhkan sekolah debat di setiap negeri.

Apabila diminta untuk mengemukakan bukti dakwaannya, Syed Saddiq berkata perkara itu sedang dibincangkan dengan peguam sebelum diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Syed Saddiq dan Hamidah pernah bercakaran dalam PPBM.

Hamidah, bekas exco Perak, menyifatkan tingkah laku Syed Saddiq antara sebab beliau meninggalkan parti itu.

Pada Mei, Syed Saddiq menyeru Hamidah “berambus” selepas menuduh beliau mendalangi peletakan jawatan lebih 1,000 ahli PPBM Perak.

Beliau juga menggelar Hamidah seorang hipokrit sambil mendakwa Hamidah kecewa dengan keputusan Muhyiddin tidak menamakan beliau ketua PPBM Perak.-FMT
https://susukunyitplus.blogspot.my/

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.