https://critoxium.com/shop/

Kerja ‘tikus nakal’ sebar senarai tokoh nafi masuk PAS

KUALA LUMPUR, 2 Okt — Musuh-musuh PAS menyebar senarai nama tokoh yang menafikan terbabit meenyertai parti itu di perhimpunan Fastaqim 2.0.

Seorang ahli jawatankuasa pusat parti Dr Azman Ibrahim berkata penganjur perhimpunan besar dua hari tidak pernah menyebut nama-nama itu.

“Tiba-tiba keluar senarai nama-nama tersebut yang tersebar merata-rata. Ini dinamakan perang saraf. Musuh buat kemudian mereka tuduh kita sebar.

“Tujuannya mudah saja. Nak tuduh PAS berbohong bagi menenggelamkan kejayaan Fastaqim 2.0...,” katanya seperti dilapor Harakahdaily semalam.

Dr Azman bagaimanapun tidak menyebut “musuh” tersebut dan tidak juga menyatakan nama-nama tokoh yang disebarkan oleh pihak terbabit.

Namun di media sosial, mereka yang didakwa menafikan terlibat termasuklah bekas hakim kanan syariah, bekas pemimpin Wanita Umno dan bekas naib canselor.

“Fastaqim 2.0 membawa agenda perjuangan yang sangat besar. Dijayakan dengan pengorbanan besar dari semua pihak. Kita pula sebuah gerakan besar,” katanya.

“Seekor singa yang perkasa tidak akan melayan usikan nakal seekor tikus. Nakal tikus ini macam-macam ragamnya.”

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.