Mat Taib: Pujuk wakil PKR belot? Saya mahu masuk seorang saja
OLEH YISWAREE PALANSAMY
SHAH ALAM, 2 Okt — Tan Sri Muhammad Muhammad Taib tidak bercadang membawa wakil-wakil rakyat Selangor bersama Umno untuk menumbangkan kerajaan negeri.
Bekas menteri besar itu, yang meninggalkan PKR pada 17 September lalu, menafikan beliau ingin membawa lapan wakil rakyat parti itu bersamanya.
“Bukan daripada saya,” katanya hari ini apabila diminta mengesahkan desas-desus itu yang muncul sehari selepas sidang medianya di pejabat Umno.
Spekulasi itu juga menyebut Muhammad, juga dikenali Mat Taib, mahu membawa 13 wakil rakyat PAS dalam gerakannya menumbangkan kerajaan Selangor.
Namun, menurut satu portal berita, gerakannya gagal di saat akhir, menyebabkan sidang presiden Umno Datuk Seri Najib Razak itu melibatkan Muhammad sahaja.
“Saya tidak tahu daripada mana mereka mendapat [cerita itu],” kata bekas naib presiden Umno itu.
“Yang saya tahu, saya ingin masuk [Umno semula], dan saya tidak membawa bersama sesiapa pun.”

Post Comment
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.