Awas! Kumpulan Islam tanpa syariat
HADIS Rasulullah S.A.W:
عَنْ
أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «لَتُنْقَضَنَّ عُرَى الْإِسْلَامِ عُرْوَةً
عُرْوَةً، فَكُلَّمَا انْتَقَضَتْ عُرْوَةٌ تَشَبَّثَ النَّاسُ بِالَّتِي
تَلِيهَا، وَأَوَّلُهُنَّ نَقْضًا الْحُكْمُ وَآخِرُهُنَّ الصَّلَاةُ. مسند
أحمد مخرجا (36/ 485(
Daripada Abi Umamah Al-Bahili R.A daripada Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Demi sesungguhnya akan
berlaku, di mana simpulan-simpulan yang mengikat ajaran Islam akan
dirungkai satu demi satu. Setiap satu simpulan dirungkai, menjadikan
manusia (yang muslim) terpaksa berpegang dengan simpulan berikutnya yang
masih ada. Pertama-pertama dirungkai ialah hukum hakam (Syariat) dan
yang terakhirnya Solat (Sembahyang).” (Musnad Ahmad 36/485)
Islam yang merangkumi tiga aspek;
Aqidah, Syariat dan Akhlak adalah laksana hubungan jasad dan roh atau
mata rantai yang bersambungan, tidak terpisah dalam semua lapangan dan
keadaan, situasi dan realiti sama ada di peringkat individu, keluarga
dan masyarakat, atau ketika lemah tanpa kuasa dan ketika kuat berkuasa
memerintah dalam semua keadaan. Syariat Islam tetap diwajibkan mengikut
keadaan dan kemampuan.
Firman Allah:
﴿وَأَنْزَلْنَا
إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ
الْكِتَابِ وَمُهَيْمِنًا عَلَيْهِ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ
اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ عَمَّا جَاءَكَ مِنَ الْحَقِّ
لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنْكُمْ شِرْعَةً وَمِنْهَاجًا وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ
لَجَعَلَكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلَكِنْ لِيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُمْ
فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ إِلَى اللَّهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعًا
فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ٤٨ وَأَنِ احْكُمْ
بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ
وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ
فَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُصِيبَهُمْ
بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ٤٩
أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ
حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ٥٠﴾ [المائدة: 48-50]
“Dan Kami turunkan kepadamu
(Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran untuk
mengesahkan benarnya kitab-kitab suci yang telah diturunkan sebelumnya
dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di
antara mereka itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah
(kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka
(dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran.
Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan)
suatu syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing).
Dan kalau Allah menghendaki nescaya ia menjadikan kamu satu umat (yang
bersatu dalam agama yang satu), tetapi ia hendak menguji kamu (dalam
menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu
berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh).
Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka ia akan
memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya. (48) Dan hendaklah
engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah
diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu
mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari
sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika
mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah,
hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari
dosa-dosa mereka; dan Sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu
adalah orang-orang yang fasik. (49) Sesudah itu, patutkah mereka
berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah? Padahal (kepada
orang-orang yang penuh keyakinan) tidak ada sesiapa yang boleh membuat
hukum yang lebih baik daripada Allah (50) (Surah Al-Maidah: 48-50)
Firman Allah:
﴿إِنَّا
أَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِتَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ
بِمَا أَرَاكَ اللَّهُ وَلَا تَكُنْ لِلْخَائِنِينَ خَصِيمًا١٠٥﴾ [النساء:
105]
“Sesungguhnya Kami
menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa
kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang
Allah telah ditunjukkan kepadamu (melalui wahyu-Nya); dan janganlah
engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.” (Surah An-Nisa:
105)
Akhir-akhir ini muncul individu atau
kumpulan yang memperkenalkan Islam tanpa Syariat dengan alasan memilih
aspek kemanusian yang dikatakan ada persamaan di kalangan manusia secara
fitrah, tanpa menyebut Syariat Allah dengan alasan untuk menarik
kalangan bukan Islam, khususnya yang terus bersikap liar terhadap Islam,
maka di atas alasan berhikmah dengan menyembunyikan Islam.
Inilah sikap
iman yang paling lemah terhadap orang awam yang tidak mampu berhujah
dan tidak ada pengaruh dalam masyarakat.
Mereka tidak mengambil kira bahawa
persamaan yang ada pada namanya sahaja seperti menentang kezaliman, hak
asasi manusia, tanpa peduli adanya perbezaan sandaran aqidah dan
perhiutungan dosa dan pahala yang ada dalam Islam, tetapi tidak ada pada
yang lain.
Mereka jahil terhadap undang-undang
Islam yang ada aspek aqidah dan spiritual yang tidak ada dalam
undang-undang yang lain yang sama namanya, seperti undang-undang
terhadap kesalahan rasuah dalam syariat Islam dengan undang-undang sivil
yang sama menentang rasuah, kerana Islam meletakkan rasuah bukan sahaja
salah dari segi undang-undang, bahkan termasuk juga dalam perkara haram
yang ada perhitungan dosa dan pahala, perhitungan selepas kematian dan
Hari Akhirat. Tetapi undang-undang manusia meletakkan salah dari segi
undang-undang dunia sahaja sahaja, menjadikan undang-undang ciptaan
manusia itu tanpa roh perhitungan dosa dan pahala selepas kematian dan
Hari Akhirat, serta menyebabkan undang-undang ciptaan manusia sekadar
deraan yang tidak mendidik masyarakat sehingga menjadi punca
kegagalannya.
Di sinilah dengan tegas Allah
memerintahkan para Rasul supaya berterus terang bersama Aqidah Islam
yang ditegaskan dalam dakwahnya. Firman Allah:
﴿وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ٣٣﴾ [فصلت: 33]
“Dan tidak ada yang lebih
baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan
mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh,
sambil berkata: "Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Islam (yang
berserah bulat-bulat kepada Allah)!" (Surah Fussilat: 33)
Firman Allah:
﴿قُلْ
هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ
اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ١٠٨﴾
[يوسف: 108]
“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Inilah jalanku, Aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada Agama Allah (Islam) dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan Aku menegaskan: Maha Suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah Aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain." (Surah Yusuff: 108)
“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Inilah jalanku, Aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada Agama Allah (Islam) dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan Aku menegaskan: Maha Suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah Aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain." (Surah Yusuff: 108)
Maka para ulama meletakkan Islam menjadi
syarat pertama kepada semua amalan, termasuk amalan yang bersifat
ibadat. Maka tanpa Islam amalannya tidak sah, apatah lagi amalan
keduniaannya tidak menjadi jambatan ke akhirat.
Firman Allah:
﴿أَمْ
لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ
اللَّهُ وَلَوْلَا كَلِمَةُ الْفَصْلِ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ وَإِنَّ
الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ٢١﴾ [الشورى: 21]
“Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan mana-mana bahagian dari agama mereka - sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian). Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (Surah As-Syura; 21)
Sehinggalah dikaitkan dengan Syirik
Aqidah terhadap kalangan yang mengadakan undang-undang sendiri dalam
urusan yang telah ditetapkan hukum syariatnya oleh Allah.
Firman Allah:
﴿إِنَّا أَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِتَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ بِمَا أَرَاكَ اللَّهُ وَلَا تَكُنْ لِلْخَائِنِينَ خَصِيمًا١٠٥﴾ [النساء: 105]
﴿إِنَّا أَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِتَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ بِمَا أَرَاكَ اللَّهُ وَلَا تَكُنْ لِلْخَائِنِينَ خَصِيمًا١٠٥﴾ [النساء: 105]
“Sesungguhnya Kami
menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa
kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang
Allah telah ditunjukkan kepadamu (melalui wahyu-Nya); dan janganlah
engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.” (Surah An-Nisa:
105)
Allah juga menegaskan pelaksanaan hukuman yang adil terhadap semua manusia:
﴿إِنَّ
اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا
وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ
اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا
بَصِيرًا٥٨﴾ [النساء: 58]
“Sesungguhnya Allah menyuruh
kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak
menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia,
(Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan
(suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu.
Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.” (Surah
An-Nisa’: 58)
Ayat ini menunjukkan kewajipan
melaksanakan hukum syariat Allah yang berkonsepkan adil kepada semua
manusia tanpa mengira agama dan bangsa.
Dan ditegaskan pula dengan Firman-Nya:
﴿ وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ٤٥﴾ [المائدة: 45]
“Dan sesiapa yang tidak
menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah
orang-orang yang zalim.” (Surah Al-Maidah: 45)
Ada pula kalangan yang meremeh-temehkan
syariat Islam kepada semua amalan, lalu bersikap terbuka tanpa asas
aqidah dengan menganggap terpentingnya sifat baik walaupun tidak Islam.
Maka berlakunya ungkapan bahawa yang baik tanpa Islam lebih baik
daripada yang jahat bersama Islam. Tanpa mereka peduli bahawa Allah
menolak amal yang baik tanpa Aqidah Islam dengan tiada pahala dan
berkat. Adapun yang jahat tetapi ada Islamnya dibuka pintu taubat dan
amal baik yang berikutnya dapat menghapuskan dosa kejahatannya.
Firman Allah:
﴿وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ٨٥﴾ [آل عمران: 85]
﴿وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ٨٥﴾ [آل عمران: 85]
“Dan sesiapa yang mencari
agama selain Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada
Hari Akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.” (Surah Ali-Imran: 85)
Firman Allah:
﴿وَقَدِمْنَا إِلَى مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَنْثُورًا٢٣﴾ [الفرقان: 23]
“Dan Kami tujukan
perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang
mereka pandang baik), lalu Kami jadikannya terbuang sebagai debu yang
berterbangan.” (Surah Al-Furqan: 23)
Maka Islam menjadi syarat pertama kepada
semua amalan yang baik. Amal yang baik tanpa Islamnya tidak sah
walaupun perkara ibadat.
Firman Allah:
﴿وَالَّذِينَ
كَفَرُوا أَعْمَالُهُمْ كَسَرَابٍ بِقِيعَةٍ يَحْسَبُهُ الظَّمْآنُ مَاءً
حَتَّى إِذَا جَاءَهُ لَمْ يَجِدْهُ شَيْئًا وَوَجَدَ اللَّهَ عِنْدَهُ
فَوَفَّاهُ حِسَابَهُ وَاللَّهُ سَرِيعُ الْحِسَابِ٣٩ أَوْ كَظُلُمَاتٍ فِي
بَحْرٍ لُجِّيٍّ يَغْشَاهُ مَوْجٌ مِنْ فَوْقِهِ مَوْجٌ مِنْ فَوْقِهِ
سَحَابٌ ظُلُمَاتٌ بَعْضُهَا فَوْقَ بَعْضٍ إِذَا أَخْرَجَ يَدَهُ لَمْ
يَكَدْ يَرَاهَا وَمَنْ لَمْ يَجْعَلِ اللَّهُ لَهُ نُورًا فَمَا لَهُ مِنْ
نُورٍ٤٠﴾ [النور: 39-40]
“Dan orang-orang yang kafir
pula, amal-amal mereka adalah umpama riak sinaran panas di tanah rata
yang disangkanya air oleh orang yang dahaga, (lalu ia menuju ke arahnya)
sehingga apabila ia datang ke tempat itu, tidak didapati sesuatu pun
yang disangkanya itu; (demikianlah keadaan orang kafir, tidak mendapat
faedah dari amalnya sebagaimana yang disangkanya) dan ia tetap mendapati
hukum Allah di sisi amalnya, lalu Allah menyempurnakan hitungan amalnya
(serta membalasnya); dan (ingatlah) Allah amat segera hitungan
hisab-Nya. (39) Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama
keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang
diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal
(demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis - apabila orang itu
mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. Dan
(ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang
peraturan-Nya mendapat cahaya (hidayah petunjuk), maka ia tidak akan
beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar).
(40)” (Surah An-Nur: 39-40)
Sabda Rasulullah S.A.W:
إِنَّهُ
لاَ يَدْخُلُ الجَنَّةَ إِلَّا نَفْسٌ مُسْلِمَةٌ، وَإِنَّ اللَّهَ
لَيُؤَيِّدُ هَذَا الدِّينَ بِالرَّجُلِ الفَاجِرِ. صحيح البخاري (4/ 7)
“Sesungguhnya tidak masuk
syurga melainkan seorang yang dirinya Islam. Dan (kadang- kadang) Allah
menolong agamanya dengan orang yang jahat” (Sahih Bukhari 4/7)
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANGPresiden PAS
Post Comment
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.