https://critoxium.com/shop/

Terkini

Salahkah Beri Peringatan ?

Oleh Mohd Sayuti Omar

Ada betul juga kata Ketua Penerangan parti lama Husam, Nasaruddin Hassan yang meninta Naib Presiden Amanah itu lebih mempedulilkan partinya baru disertainya daripada memikirkan tentang Pam. Barang kali itu lebih afdal.

Tetapi kerana beliau berada dalam medium politik maka dia boleh respons apa juga kepada perkembangan politik. Jadi apabila Nasaruddin geli lutut dengan pandangan Husam itu, ia memberi gambaran Nasaruddin seorang yang sombong apabila menuduh Husam busy body dan beperasaan apabila bercakap mengenai partinya. Amboi, amboi...

Dalam konteks apa yang Husam lontarkan itu tidak ada maksud Husam bersusah payah mengenai parti itu.

Beliau hanya menyatakan logiknya, kepada piagam kerjasama Umno - Pam yang hendak diumumkan itu. Beliau melihat sepatutnya sebelum piagam itu dibuat ia hendaklah mengambil kira pandangan dari bawah di kalangan ahli dan tidak dibuat secara adhoc.

Beliau memberi peringatan akan masalah dihadapi nanti kerana piagam itu hanya sebuah kata-kata tidak lebih dari itu. Jika ia digubal tanpa mengambil kira semua sudut ia boleh menimbulkan pertentangan kemudian menjuruskan kepada berlaku masalah kelak.

Jika dilihat dari juring hati putih, pandangan Husam itu untuk membantu Pas yang tidak mahu parti agama itu terdedah kepada suatu lagi petaka. Apa dilakukan Pam sekarang ini juga berbeza dengan apa dilakukan di zaman Mohd Asri Muda dahulu. Jadi tidak pantas ia dianggap sebagai busy body dan beperasaan. Islam mengajar menganjur nasihat menasihat dan mengajar penganutnya mendengar nasihat.

Dalam pada itu Nasaruddin jangan muda melihat segala teguran dan komen politik daripada parti lain sebaga busy body. Selagi Pam bersifat organ siasah ia terdedah kepada kritikan sesiapa juga.

Kecuailah Pan kini sudah jadi macam Komunis yang menutup seluruh pintu penerimaanya kepada sisten lain dan tidak boleh ditegur dan diberi nasihat. Trims.

1 ulasan:

  1. U all bukan ahli PAS tak payah dok sibuk or bussy body. Kami tahu bagaimana urus urusan ini. Keep your mouth shut.

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.