https://critoxium.com/shop/

Terkini

BN tidak bentang Bajet Alternatif 2020 banding tahun lepas

PETALING JAYA: Seperti kebiasaannya setiap tahun sebelum kerajaan pusat membentangkan belanjawan tahunan parti pembangkang akan mengetengahkan bajet alternatif.

Ia sebagai usaha untuk memberi tekanan kepada kerajaan mentadbir untuk melihat daripada pelbagai sudut apa yang seharusnya diberi penekanan atau diubah mengikut kesesuaian ekonomi dan kehendak rakyat.

Bagaimanapun kali ini, Barisan Nasional (BN) selaku ‘ketua’ pembangkang untuk tahun kedua selepas kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 tahun lepas, tidak tampil dengan Bajet Alternatif 2020.

Menjawab pertanyaan wartawan, ahli Parlimen Ayer Hitam, Wee Ka Siong, tiada bajet alternatif daripada pihak pembangkang akan dibentangkan sebelum pembentangan belanjawan oleh kerajaan esok.
“Kita tidak membentangkan bajet alternatif seperti tahun lalu,” kata beliau yang juga presiden MCA
Bagaimanapun difahamkan satu perjumpaan semua ahli parlimen BN akan diadakan Ahad ini bagi membincangkan lebih lanjut mengenai Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

BN sebelum ini melantik Khariy Jamaluddin sebagai menteri kewangan bayangan yang dipertanggungjawab untuk menjaga sektor ekonomi dan kewangan.

Tahun lepas, BN membentangkan bajet altenatifnya dengan tema Inisiatif Ekonomi Rakyat.

Menurut beliau, antara inisiatif yang dicadangkan dalam Bajet Alternatif Bayangan adalah mengembalikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dengan kadar 3%.

Ia antara sembilan hasil cukai dicadangkan oleh BN. Enam daripadanya kutipan hasil cukai baharu antaranya cukai soda, cukai karbon, cukai beg plastik, cukai tobin, cukai remit dan cukai kekayaan.

BN mencadangkan pengenalan semula GST pada kadar 3%. Cukai GST yang lebih telus dan cekap akan diperkenalkan semula dengan kadar lebih rendah dan jumlah senarai barangan dikecualikan lebih banyak, kata beliau tahun lalu.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.