https://critoxium.com/shop/

Terkini

Kes LTTE: Bila saya minta polis henti siasat pimpinan DAP, soal Guan Eng

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menafikan beliau membuat kenyataan meminta polis berhenti menyiasat dan menahan pimpinan DAP yang didakwa ada hubungan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Beliau yang juga menteri kewangan memberi amaran kepada pihak terbabit supaya tidak memutar belit kenyataannya.

“Anda bercakap mengenai kenyataan saya untuk tidak membuat siasatan lagi.

“Bila saya buat kenyataan itu dan bahagian mana saya kata jangan siasat?
“Baca semula kenyataan saya dan tanya di Parlimen,” katanya selepas menghadiri Forum Belanjawan 2020 hari ini.

Khamis lalu, Lim dilaporkan berkata, polis memaklumkan tiada lagi pemimpin DAP yang akan ditahan dalam operasi membanteras perkembangan LTTE di Malaysia, susulan penahanan dua Adun parti itu – G Saminathan dan P Gunasekaran.

Tetap, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Ayob Khan Mydin Pitchay dilaporkan berkata, beliau sendiri tidak pasti dari mana Lim mendapat maklumat itu dan tiada sebab polis menghentikan siasatan jika ada pemimpin DAP dikaitkan dengan LTTE.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.