Anwar, Dr Mahathir pemimpin gagal
Oleh Mahdzir Ibrahim
Masalah siapa calon perdana menteri bagi Pakatan Harapan (PH) Plus yang selama ini menjadi dilema dan kabur kini sudah selesai dan jelas iaitu, tidak selesai.
Beginilah penyelesaian politik yang selalu diberikan kepada kita. Sebelum ini pada 2015 semasa konflik antara Pakatan Rakyat (PR) dengan PAS, kita bertemu dengan konsep ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’ dan akhirnya PR terkubur.
Semua ini adalah bahasa-bahasa rasional yang sudah tidak rasional lagi.
Satu lagi bahasa diplomasi untuk menyedapkan telinga muncul lagi baru-baru ini iaitu ‘PH Kekal Utuh’ dalam suasana perang dingin sudah mula berlaku antara PKR dengan DAP dan Amanah akibat perbezaan pandangan mengenai calon PM.
Semua
ini adalah naratif yang sedang berkembang menjadi suatu cerita yang
seakan-akan menjadi ulang tayang tragedi perpecahan gabungan politik
sejak zaman Gagasan Rakyat, Barisan Alternatif dan lain-lain lagi.
PH
yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah sedar bahawa mereka tidak
mampu berdiri sendirian baik sebagai pembangkang mahupun kerajaan.
Samada ketiga-tiga parti ini berjaya menjadi kerajaan atau pembangkang
sebagai sebuah gabungan politik.
Dalam sejarah politik Malaysia, tidak pernah ada parti tunggal yang mampu menjadi pembangkang apatah lagi kerajaan yang berjaya. Jadi imaginasi-imaginasi ingin keluar atau berdiri sendirian daripada gabungan, patut segera dihentikan kerana ianya sia-sia belaka.
Realiti baharu juga harus kita terima bahawa baik Tun Dr Mahathir Mohamad mahupun Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka semakin tidak popular di kalangan rakyat khususnya generasi muda.
Anwar sudah diberi peluang mengetuai pimpinan sejak 2008 dan 2013, tetapi masih gagal menjadi Perdana Menteri dan menjadi kerajaan.
Begitu juga dengan Dr Mahathir, beliau juga sudah diberi peluang dan diangkat oleh PH termasuk Anwar untuk menjadi PM kali kedua tetapi tidak berjaya mengekalkan PH sebagai kerajaan walau sepenggal, malah transisi kuasa kepada Anwar juga gagal.
Ini bukan salah Dr Mahathir atau Anwar, tetapi salah kita semua. Kita tidak berupaya melepaskan kedua-dua tokoh ini dalam persaingan politik kita.
Kita gagal membina naratif baharu hingga kita tersepit dalam masalah kepimpinan yang tidak berkesudahan.
Kita bercita-cita mahu menyediakan barisan pemimpin pelapis negara pada masa hadapan.
Tetapi selepas 20 tahun sejak reformasi 1998, kita masih tidak berani melepaskan Dr Mahathir dan Anwar malah, sebaliknya kedua-dua tokoh ini kita gunakan sebagai ‘ayam sabung’ untuk menumbangkan kerajaan kleptokrasi.
Maka, terpaksalah kita akur dengan pengajaran paling besar daripada kegagalan ini bahawa kita harus menanggung dan menerima kekalahan.
Masalah siapa calon perdana menteri bagi Pakatan Harapan (PH) Plus yang selama ini menjadi dilema dan kabur kini sudah selesai dan jelas iaitu, tidak selesai.
Beginilah penyelesaian politik yang selalu diberikan kepada kita. Sebelum ini pada 2015 semasa konflik antara Pakatan Rakyat (PR) dengan PAS, kita bertemu dengan konsep ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’ dan akhirnya PR terkubur.
Satu lagi bahasa diplomasi untuk menyedapkan telinga muncul lagi baru-baru ini iaitu ‘PH Kekal Utuh’ dalam suasana perang dingin sudah mula berlaku antara PKR dengan DAP dan Amanah akibat perbezaan pandangan mengenai calon PM.
Dalam sejarah politik Malaysia, tidak pernah ada parti tunggal yang mampu menjadi pembangkang apatah lagi kerajaan yang berjaya. Jadi imaginasi-imaginasi ingin keluar atau berdiri sendirian daripada gabungan, patut segera dihentikan kerana ianya sia-sia belaka.
Realiti baharu juga harus kita terima bahawa baik Tun Dr Mahathir Mohamad mahupun Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka semakin tidak popular di kalangan rakyat khususnya generasi muda.
Anwar sudah diberi peluang mengetuai pimpinan sejak 2008 dan 2013, tetapi masih gagal menjadi Perdana Menteri dan menjadi kerajaan.
Begitu juga dengan Dr Mahathir, beliau juga sudah diberi peluang dan diangkat oleh PH termasuk Anwar untuk menjadi PM kali kedua tetapi tidak berjaya mengekalkan PH sebagai kerajaan walau sepenggal, malah transisi kuasa kepada Anwar juga gagal.
Ini bukan salah Dr Mahathir atau Anwar, tetapi salah kita semua. Kita tidak berupaya melepaskan kedua-dua tokoh ini dalam persaingan politik kita.
Kita gagal membina naratif baharu hingga kita tersepit dalam masalah kepimpinan yang tidak berkesudahan.
Kita bercita-cita mahu menyediakan barisan pemimpin pelapis negara pada masa hadapan.
Tetapi selepas 20 tahun sejak reformasi 1998, kita masih tidak berani melepaskan Dr Mahathir dan Anwar malah, sebaliknya kedua-dua tokoh ini kita gunakan sebagai ‘ayam sabung’ untuk menumbangkan kerajaan kleptokrasi.
Maka, terpaksalah kita akur dengan pengajaran paling besar daripada kegagalan ini bahawa kita harus menanggung dan menerima kekalahan.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.