https://critoxium.com/shop/

Terkini

Surat akujanji sokong Muhyiddin palsu - Anwar

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan menandatangani surat akujanji memberi kepercayaan dan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri seperti yang tular di media sosial.

Pejabat Presiden PKR itu dalam satu kenyataan ringkas semalam menegaskan surat akujanji yang tular di media sosial itu adalah palsu.

"Kenyataan dari pejabat Anwar menafikan sekeras-kerasnya Ahli Parlimen Port Dickson itu menandatangani surat akujanji berkenaan. Surat terbabit adalah palsu," kata kenyataan itu.

Surat akujanji bertarikh 16 Mei lalu yang tular itu mendakwa Anwar tidak menyokong sebarang usaha dan cubaan mengemukakan undi tidak percaya terhadap Muhyiddin.

Surat itu dikatakan pernah disebarkan pada 18 Mei lalu, sebelum tular semula di media sosial sejak semalam.

Surat berkenaan tular selepas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengesahkan menerima usul Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengemukakan undi tidak percaya terhadap Muhyiddin pada 8 Mei lalu.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.