MIC sertai Perikatan kerana sangka Umno akan turut serta
MIC bergabung dengan Perikatan Nasional (PN) kerana ia menganggap
Barisan Nasional (BN) akan melakukannya, kata presiden parti Vigneswaran
Sanasee.
Namun, Umno mengejutkan MIC apabila mendedahkan pada 29 Julai yang ia enggan mendaftar bersama PN dan akan fokus dengan perjanjiannya dengan PAS di bawah Muafakat Nasional (MN).
“Tetapi sebenarnya pada awalnya sebelum kami mendaftar, kami telah diberikan tanggapan bahawa Umno dan BN akan menyertai PN selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada 1 Julai lepas.,” katanya kepada portal berita Malaysia Gazette.
Walaupun Umno menolak untuk menjadi sebahagian daripada PN, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi semalam berkata yang MIC, komponen etnik kaum India BN, sudah mendaftar untuk menjadi anggota PN secara rasmi.
Vigneswaran berkata kekeliruan berpunca daripada cara Zahid mengendalikan perkara itu dengan parti dalam BN.
Zahid memberi tanggapan akan ada gabungan besar di Semenanjung, Sabah dan Sarawak di bawah PN, kata Vigneswaran, yang juga bekas presiden Dewan Negara.
Bahkan ada resolusi daripada ketetapan daripada mesyuarat Majlis Tertinggi MIC Pusat (CWC)MIC mengenai hal penggabungan dengan PN, tambahnya.
“Seingat saya, Zahid sendiri sebelum ini sudah memberitahu kepada barisan komponen BN akan bertanding di bawah satu gabungan besar antaranya Bersatu, PAS dan BN di Semenanjung. Kemudian barulah akan menubuhkan PN sebagai kerajaan pusat.
“Apabila mendapat persetujuan daripada CWC, kami menyatakan persetujuan mendaftar dan menyerahkan surat persetujuan pada 15 Julai lepas, hanya selepas pada 29 Julai itu kami mendapat tahu Umno tidak mendaftar.
“Inilah kekeliruan yang kami sendiri lalui, kemudian hanya selepas pendaftaran MIC dengan PN tanpa UMmno barulah kamu beritahu bahawa Umno tidak akan sertai PN. Mengapa begitu? Mengapa tidak cakap awal-awal lagi?” Vigneswaran dipetik sebagai berkata.
Katanya, ketika perkara itu dibangkitkan, jawapan Zahid adalah menyertai PN akan diputuskan dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) atau mesyuarat agung luar biasa (EGM).
“Mengapa tidak cakap sahaja ketika itu lagi BN tidak berhasrat mahu sertai PN? Jika itulah senarionya dari awal-awal lagi, MIC tidak akan daftar dengan PN.
“Itu saya amat pasti sama sekali. Sebaliknya kamu berdolak dalih, ketika kami fikir semua akan sertai dan mendaftar dengan PN, kamu kata tidak pula,” katanya menurut Malaysia Gazette.
Vigneswaran berkata keputusan selama ini dibuat oleh Umno dan MIC akan mengikutinya.
Beliau berkata MIC tidak boleh dilihat sebagai pengkhianat kerana menyertai PN. Parti yang berasaskan kaum India ini tidak akan mendapat manfaat besar dengan tindakan itu, tambahnya.
“Kesemua keputusan dibuat oleh UMNO dan kami, MIC hanya mengikut segala kata putus selama ini,” katanya

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.