Kes cabul bermotif politik?
Oleh
Ia gara-gara ahli politik itu
dikatakan mencabul seorang gadis bawah umur berusia 15 tahun. Sama ada
benar atau sebaliknya, biarlah mahkamah sahaja yang menentukan.
Siasatan secara menyeluruh telah pun dijalankan
oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan dikatakan lebih 10 saksi
telah dirakam percakapan. Menyorot kembali kes ini, ia sebenarnya
berlaku pada 21 Oktober lalu, namun sedarkah bahawa hanya pada sembilan
hari selepas itu menjadi tular. Apabila dimuat naik di laman-laman
sosial, pelbagai pihak memberi komen, malah ribuan netizen memberi
reaksi terhadap apa yang berlaku.
Ada yang
bersifat sindiran hingga kutukan malah tidak keterlaluan dan tanpa
disedari ramai yang sebenarnya mungkin telah menabur fitnah. Bertemu
dengan bapa remaja itu baru-baru ini, merungkai persoalan tentang kes
tersebut yang disifatkannya pelik. Antaranya mengapakah kes ini menjadi
sebutan selepas lebih seminggu berlaku. Lebih-lebih lagi disuarakan
oleh individu yang bukan berada di Perlis. Individu itu ialah seorang
pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memuat naik
bebenang di akaun Twitternya mengenai kejadian itu.
Dalam
hantaran itu, dia mempersoalkan mengapa polis tidak menangkap ahli
politik terbabit dan berharap tiada cubaan untuk menutup kes. Keduanya
yang menimbulkan tanda-tanya ialah laporan kes itu telah ditarik semula
olehnya, kira-kira lapan jam selepas dia dan anaknya membuat laporan.
Dia
mengakui membuat laporan polis pada hari kejadian yang dilakukan
setelah menimbang semasak-masaknya, tanpa desakan oleh mana-mana pihak.
Tujuannya adalah untuk mengguna dan mempertahankan haknya apabila
sesuatu berlaku terhadap ahli keluarganya. Dia percaya perkara sama juga
pasti akan dilakukan oleh mana-mana ketua keluarga yang
bertanggungjawab melindungi mereka di bawah jagaannya.
Namun
selepas beberapa jam, dia menerima maklum balas daripada pihak ahli
politik terbabit melalui panggilan telefon untuk memohon maaf. Dia
kemudian memaafkannya. Dua perkara yang mendorongnya untuk memaafkan
individu itu iaitu ahli politik tersebut hanyalah memegang bahu anaknya.
Remaja itu merupakan penyanyi sebuah kumpulan pemuzik jalanan dan
kejadian tersebut berlaku semasa di dalam kereta ketika ahli politik
terbabit hendak membuat pembayaran persembahan.
Tiada
langsung perbuatan cabul. Individu itu turut telah menganggap remaja
tersebut sebagai anaknya sendiri. Keduanya, ahli politik terbabit banyak
berjasa kepada Perlis dan rakyatnya, termasuk kumpulan pemuzik itu.
Dalam hal ini, selain dia, anaknya juga telah memaafkan ahli politik
itu.
Mereka kemudian ke balai polis sekali
lagi dan menarik semula laporan polis secara sukarela. Keesokannya, ahli
politik itu telah bertemu bapa remaja tersebut dan ahli keluarga mereka
untuk melahirkan permohonan maaf atas kejadian salah faham ini.
Penarikan laporan polis sebelum pertemuan itu, jelas menunjukkan bahawa
tiada berlaku sebarang sogokan untuk dia berbuat demikian seperti mana
disebut-sebut orang ramai.
Namun apa yang
peliknya, kes tersebut terus diperkatakan sehingga kini walaupun dia dan
ahli keluarganya menganggapnya telah lama selesai.
Malangnya
apa yang berlaku, anaknya pula telah menjadi mangsa ‘situasi’ dan
mengalami tekanan perasaan ekoran kesnya tular di laman-laman sosial.
Lebih menyedihkan apabila gambar MyKad remaja itu turut disebarkan.
Perkara ini telah menimbulkan bukan sahaja tanda tanya tentang hak
privasi mereka yang disiasat tetapi kemungkinan ada niat tertentu oleh
pihak-pihak terlibat.
Adakah kemungkinan
wujudnya elemen-elemen untuk merosakkan reputasi ahli politik terlibat?
Tetapi hakikatnya, remaja itu kini telah turut diseret sama dalam isu
ini. Sudah tentulah tidak adil kepadanya kerana remaja itu di bawah
umur.
Dalam hal ini, wajarlah sekiranya PDRM
turut menimbang untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat
itu, kerana jelas telah mengganggu siasatan dan memberi kesan negatif
kepada remaja berkenaan.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.