Sijil pernikahan Umno-Pas yang tertangguh lebih satu dekad?
Oleh Ahmad Lutfi Othman
Sepatutnya persoalan kerjasama pembangkang, Umno-Pas yang dimetrai di PWTC baru-baru ini, segera disorot, namun terpaksa ditangguh. Petang Jumaat, semasa jalani dialisis, rutin rawatan itu terpaksa dihentikan. Jururarawat bertugas bimbang saya mengalami angin ahmar berskala ringan apabila rasa kebas-kebas pada tangan kiri dan sebahagian muka.
Justeru, saya tidak dapat mengikuti liputan langsung ceramah kedua-dua timbalan presiden parti oposisi itu pada sebelah malamnya, manakala keesokan harinya, Sabtu, semasa pelancaran piagam Muafakat Nasional (kalimah asalnya Penyatuan Ummah telah dipinda bagi menggambarkan imej lebih inklusif), saya tertidur letih. Difahamkan himpunan itu mendapat sambutan hangat; segenap penjuru dan pelosok PWTC sesak dan meriah.
Tidaklah mengejutkan situasi itu memandangkan Pas dikenali dengan kemahirannya memujuk dan mengerahkan ahli serta penyokongnya membanjiri setiap rapat yang dianjurkan. Apatah lagi perhimpunan yang menampakkan citra kehebatan parti di khalayak umum.
Jalinan rasmi dua parti yang kalah dalam PRU14 ini memang sudah lama dijangka. Ia bukan peristiwa di luar jangka, malah tertangguh-tangguh lebih sedekad lalu, khususnya sebaik keputusan PRU2008 diumumkan.
Dalam pilihan raya umum ke-12 itu, lima negeri — Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak — dikuasai pembangkang, yang kemudiannya melahirkan Pakatan Rakyat. Terdapat percubaan membentuk kerajaan campuran Umno-Pas di Perak dan Selangor, tetapi gagal apabila tawaran itu ditolak pemimpin Pas.
Pas ditawar untuk menerajui kedua-dua negeri tersebut walaupun jumlah Adunnya tidak sampai separuh daripada wakil rakyat Umno. Ada pemimpin Pas yang dilihat tergoda dengan umpan itu, namun keputusan muktamadnya, idea “kerajaan perpaduan” berkenaan ditolak.
Biarpun beberapa personaliti terpenting parti seakan terpikat dengan idea itu, namun Mursyidul Am Pas, secara terbuka lantang membantahnya, seraya menekankan keperluan memantapkan gagasan Pakatan Rakyat.
Ada pihak mahu menyamakan situasi ketika itu dengan suasana pasca PRU1969, apabila Pas menerima pelawaaan Perikatan bagi membentuk kerajaan campuran pada akhir 1972, seterusnya menubuhkan Barisan Nasional.
Walhal keadaannya jauh berbeda. 1969, Pas bertanding bersendiran, manakala 2008 Pas mengadakan kerjasama dan persefahaman dengan PKR dan DAP. Sudah tentu, Pas bebas membuat pilihan pada 1969, disebabkan kemenangannya tidak terikat dengan mana-mana parti. Sementara pada 2008, kejayaam Pas bergantung rapat dengan parti-parti sekutu dalam Pakatan Rakyat. Justeru, ia dianggap mengkhianati kesepakatan itu jika menerima tawaran Umno.
Di peringkat persekutuan, sejarah juga dilakar apabila buat pertama kalinya, majoriti dua pertiga BN di Parlimen dinafikan. Bermula dari situ juga, naratif Melayu-Islam terancam dimainkan secara terancang. Pakatan Rakyat ditohmahkan mengabaikan kepentingan Muslim dan DAP digambarkan sebenarnya menguasai kerajaan Selangor dan Perak, apatah lagi Pulau Pinang. Pas juga dikatakan dibuli oleh sekutunya.
Tersebar khabar angin bahawa ada “main mata” dalam gelap di antara pemimpin Umno dan sebilangan tertentu pemimpin Pas yang berpengaruh. Namun secara rasminya, Pas tetap kekal dalam Pakatan Rakyat, iaitu gabungannya dengan DAP dan PKR. Di peringkat akar umbi, ahli-ahli Pas menolak keras sebarang usaha untuk mendekatkan parti Islam itu dengan seteru ketatnya, Umno.
Perlahan-lahan, semacam ada garis halus yang membahagi dua Pas. Kelompok ulamak bertembung golongan yang dipanggil profesional, atau digelar konservatif lawan progresif. Ada melihatnya sebagai pertentangan pihak yang mempertahankan prinsip Islam dengan puak yang ghairah memburu kemenangan. Mula dilabel kumpulan bertentangan sebagai Anwarinas, liberal, akur dengan kehendak DAP, lebih walak kepada Pakatan Rakyat daripada parti sendiri, Pas. Asas pegangan Pas terhadap Islam dikatakan mulai “cair” demi merebut teraju kuasa dan mempengaruhi khalayak non Muslim.
Memang diakui bahawa tidak mudah “mendamaikan” dua parti berbeda kutub, iaitu Pas dan DAP.
Dua parti ini pernah bekerjasama dalam Barisan Alternatif pada PRU1999, tetapi bercerai dua tahun kemudian. Malah, kesediaan kedua-duanya bersama dalam Pakatan Rakyat, lebih didorong oleh suasana pasca-PRU2008, bukannya atas persefahaman atau kesedaran sendiri. Muafakat menjelang PRU12 itu hanya demi mengelak pertembungan tiga penjuru, yang menghasilkan perlawanan satu lawan satu, di antara pembangkang dan BN. Tiada kerjasama formal yang mengikat. Ia pula dibantu profil konstituensi berbeda di antara Pas dan DAP. Sebenarnya potensi Pas lebih terbuka untuk “berkrisis” dengan PKR terutama dari segi agihan kerusi.
Lebih malang apabila nampak tiada keserasian di antara Presiden Pas dengan Ketua Umum PKR. Hubungan Ustaz Abdul Hadi Awang dengan Anwar Ibrahim bukan sahaja tidak seakrab Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor, malah dibayangi rasa syak wasangka. Maka timbul desas-desus, bukan sahaja DAP dicurigai Pas, tetapi persefahaman dengan PKR juga menempuh jalan berliku. Ada gesaan agar hubungan Pas–PKR dikaji semula. Cuma faktor Tok Guru Nik Aziz Nik Mat menjadi penyelamat kesatuan pembangkang.
PRU2003 gagal menobatkan Pakatan Rakyat di Putrajaya. Anwar masih belum berjaya disepakati sebagai calon perdana menteri. Bagaimanapun, undi popular pembangkang mengatasi BN. Bilangan kerusi Parlimen BN semakin merosot. Strategis Umno mengunjurkan masa depan suram bagi mereka. Jika momentum berterusan, ia mungkin penggal terakhir buat BN. Pakatan Rakyat mesti dipecahkan dan potensinya ada kepada Pas!
Kelebihan hadir buat survival Umno-BN; kematian Nik Aziz, figura hebat yang menentang muafakat Umno-Pas dan serentak itu, pemenjaraan Anwar buat kali kedua. Pakatan kehilangan faktor pemersatu. Masa sama, bangkai busuk skandal mega 1MDB mula terhidu. Dr Mahathir pula mengorak langkah menggugat regim Najib Razak. Pas dilihat mampu muncul menjadi kuasa penentu.
Pada ketika Umno-BN mula mereput, seluruh dunia maklum tentang kecurangan maha dahsyat Najib-Rosmah, barisan pembangkang pula terbahagi. Peluang terbaik seakan kabur. Usaha memujuk Pas bersama barisan pembangkang dibuat, khususnya oleh pemimpin Bersatu tetapi tidak berjaya.
Memang Pas tidak secara terbuka memihak Najib. Namun, bagi saya, sikap politik Pas yang bertanding begitu banyak kerusi, lebih 160 Parlimen, bertujuan mengekalkan kuasa BN. Itu adalah pilihan strategik yang menguntungkan Umno. Saya jangka Pas “berlari” untuk membentuk kerajaan bersama BN jika jumlah kerusi dimenangi mereka mencukupi.
Pelik memikirkan mengapa Pas mencari pelbagai helah dan daleh untuk tidak bersama barisan pembangkang waktu itu. Benarkah DAP menjadi halangan? Ataupun ada persetujuan tersirat lain, yang terbentuk di antara Pas dan Umno? Kisah selepas PRU14 terdedah apabila Najib sendiri membongkarnya di hadapan khalayak di Kompleks Pas Kedah.
Hujung April 2019, Malaysiakini melaporkan Najib memberitahu ahli Pas bahawa ‘penyatuan’ dua parti itu adalah hasil dari “usaha senyap-senyap” olehnya dan Abdul Hadi. Jelas Najib usaha itu bermula ketika perbincangan isu Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU355) dan perkara-perkara lain ketika beliau masih menjadi presiden Umno dan juga perdana menteri.
“Ada dua hikmah kekalahan kita. Satu, rakyat boleh banding zaman BN dengan zaman PH? Kedua, lahirnya penyatuan ummah gabungan antara Pas dan Umno.
Sebab saya telah usahakan senyap-senyap perkara ini selama ini dengan Tok Guru Hadi waktu malam dia datang bincang RUU355 dan perkara-perakra bersangkut paut kepentingan umat Islam,” kata Najib di majlis Ceramah Perdana Perpaduan Ummah itu.
Sebelumnya pada 6 Februari 2019, dalam sesi dialog di Langkawi, Najib mengaku bahawa pertembungan tiga penjuru antara Umno dan Pas dalam PRU 14 lalu adalah strategi yang salah. Najib memberitahu hadirin bahawa strategi itu bertujuan memecah undi antara Pas dan Pakatan Harapan supaya Umno mendapat majoriti.
Kata Najib, keputusan untuk Umno bertanding menentang Pas itu berdasarkan kepada keputusan dua PR sebelum PRU14 iaitu di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Kata kuncinya, “strategi”. Kamus mendefinisikan strategi
sebagai “rancangan atau muslihat untuk mencapai sesuatu maksud”. Strategi itu dirancang dengan teliti terlebih dahulu. Ia bukan satu kebetulan. Dalam konteks ini, pertandingan tiga penjuru membabitkan BN, Pas dan Pakatan Harapan sudah direncanakan oleh BN dan Pas, sementara PH cuba mengelaknya sedaya mungkin.
Untuk bahagian pertama tulisan ini, saya sekadar mengimbau latar belakang kerjasama atau muafakat dua parti penbangkang, Umno-Pas, sebelum mengulas lebih lanjut impak kepada lanskap politik tanahair. Selain membuktikan kebimbangan golongan progresif dalam Pas pasca PRU2013 adalah berasas, ia juga menyuntik keyakinan baru buat pendukung kedua-dua parti bagi menggugat Pakatan Harapan.
Menarik sekali, ungkapan Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad yang merumuskan kerjasama politik Umno-Pas: “Hubungan sulit yang disorok sebelum ini kini diisytihar secara terbuka. Dulu Pas bersekedudukan dengan parti perkauman Melayu (Umno). Mungkin hari ini tandatangan dapat sijil nikahnya.”

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.