Susulan penutupan operasi akhbar Utusan Malaysia, Naib Presiden PAS,
Mohd Amar Abdullah turut menyatakan rasa simpati dan sedih terhadap
nasib yang menimpa kakitangan syarikat itu.
"Ya saya simpati, cuma
kita harap peminat Utusan beli Harakah lepas ini," katanya dengan nada
berseloroh ketika ditemui media selepas mesyuaat exco kerajaan negeri di
Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, hari ini.
Terdahulu Malaysiakini melaporkan akhbar bahasa Melayu tertua negara itu akan menghentikan operasinya bermula hari ini.
Satu lagi akhbar terbitan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Kosmo! turut ditimpa nasib yang sama.
Perkara itu dimaklumkan oleh satu memo dalaman bertarikh 9 Oktober 2019.
Sementara
itu, Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan berkata,
Utusan Malaysia mempunyai sejarah panjang yang mewakili suara orang
Melayu.
"Jadi kita rasa simpati dan sedih apabila terpaksa ditutup
operasinya. Tetapi saya nak komen banyak pun sebab ini benda
perniagaan," katanya.
Ditanya kemungkinan Harakah akan meluaskan
liputannya termasuk program Umno, Mohd Amar berkata, akhbar itu adalah
lidah rasmi PAS.
"Harakah memang akhbar parti, bukan macam Malaysiakini. Memang kita cuba pelbagaikan berita tetapi lesen kita hanya untuk warga parti.
"Tujuan
utama lebih kepada aktiviti parti, kalau boleh kita nak Harakah sumber
utama kepada parti. Orang tak perlu rujuk ke lain.
"Itu yang utama, selepas itu kita cuba perluaskan dengan isu-isu nasional dan antarabangsa," kata Mohd Amar.
‘Harap peminat Utusan beli Harakah lepas ini’
Reviewed by editorreformis
on
Oktober 09, 2019
Rating: 5
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
2487853
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Post Comment
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.