TAHUN ini genaplah 50 tahun Rukun Negara diperkenalkan sebagai ideologi dan tiang seri negara.
Ia ditulis dan disusun oleh Salleh Abas hasil rumusan jawatankuasa
yang dianggotai oleh tokoh bangsa seperti Ghazali Shafie, Khoo Kay Kim
dan beberapa yang lain. Salah
satu tunggak penting Rukun Negara yang menjadikan Malaysia sangat
membangun dan berjaya ialah “Keluhuran Perlembagaan” dan “Kedaulatan
Undang-Undang”.
Rukun Negara menjadikan Malaysia negara hukum, yang harus diurus dan
dikelola berdasarkan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang
tertinggi negara dan undang-undang lain yang didaulatkan.
Maka, menjadi tanggungjawab semua rakyat Malaysia untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.
Termasuklah mengingatkan pemerintah jika mereka tersasar dan khilaf
sehingga membawa kepada perlanggaran hukum dan tindakan tidak
berperlembagaan.
Salah satu karakter penting Perlembagaan Persekutuan adalah
peruntukan khusus yang memelihara hak asasi manusia dan peruntukan
bahawa semua rakyat Malaysia adalah sama dan setara di sisi
undang-undang.
Tugas mempertahankan Perlembagaan, dan semangatnya, adalah tugas
utama pemimpin negara dan ahli legislatif. Bila mereka mengangkat sumpah
menerima jawatan, secara langsung mereka berikrar mempertahankan
Perlembagaan.
Yang mesti diingatkan, di sisi undang-udang, pemimpin tidak sedikit
pun berada dalam kedudukan yang lebih istimewa apatah kebal berbanding
rakyat biasa. Sebaliknya, mereka memikul amanah yang lebih besar dan
berat.
Jika pemimpin gagal melaksanakan piawai kepatuhan yang dituntut ke
atas mereka, akan cacat, terencat dan susutlah kepercayaan rakyat
terhadap kerajaan dan parti pemerintah.
Mereka yang memimpin Malaysia mesti membuktikan pemikiran, tindakan
dan sikap mereka adalah nilai dan karakter yang sesuai serta selari
dengan kemajuan masyarakat dan negara kita. Malaysia abad ke 21 sudah
jauh berbeza.
Marilah kita mengembalikan semangat sebenar Rukun Negara yang
dirangka 50 tahun lepas agar Malaysia menjadi negara yang lebih baik dan
dipimpin dengan lebih bertanggungjawab oleh mereka yang akan melakukan
apa sahaja sebagai perisai mempertahankan kedaulatan undang-undang dan
keluhuran Perlembagaan.
Dan bukan menjadikan Perlembagaan dan undang-undang sebagai perisai mempertahankan kepentingan sendiri yang tidak sah.
* Mohamad Hasan, timbalan presiden Umno.
Pertahankan Perlembagaan dan Rukun Negara
Reviewed by editorreformis
on
Ogos 25, 2020
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
RAMAI menyedari kelebihan membaca al-Quran dalam kehidupan harian dan ganjaran di akhirat kelak, kerana itu, umat Islam digalakkan unt...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.