Masa untuk KJ cakap serupa bikin
Oleh Hussain Said
SEKIRANYA Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) menawarkan pingat emas untuk ahli gabungannya yang paling lama dalam memilih barisan kepemimpinan, Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) mungkin boleh memenanginya.
Ini kerana sejak 29 Jun lalu hingga hari ini, kemelut pemilihan kepemimpinan MPM yang menjadi badan induk kepada atlet para di negara ini bernaung, masih belum ada tanda penyelesaiannya.
Jika barisan EXCO MPM terdiri daripada golongan orang kurang upaya mungkin kelewatan itu boleh diterima dan dimaafkan, tetapi memalukan kerana MPM yang ditadbir serta diuruskan manusia normal, masih belum dapat menyelesaikan kemelut itu.
Semuanya dek kerana kuasa dan kepentingan, mereka sanggup berebut jawatan hingga memburukkan imej MPM. Lebih malang, mereka sanggup menjadikan atlet mangsa tatkala segala persiapan sepatutnya dihalakan untuk menghadapi Sukan Para ASEAN 2019 di Filipina, Januari ini dan Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo, Ogos tahun depan.
Berdasarkan kemelut yang berlaku, jelas ada dua kem dalam MPM dengan satu kem memihak ahli perniagaan, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin dan satu lagi kem diketuai bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludidin Abu Bakar.
Perebutan kuasa ini sebenarnya dapat dielakkan lebih awal sekiranya MPM melantik jawatankuasa bebas mengendalikan AGM itu dan bukannya barisan EXCO yang mempunyai kepentingan masing-masing. Jadi, tidaklah berlaku peraturan yang dibuat mereka sendiri dilanggar sewenang-wenangnya.
Sebagai contoh, peraturan sudah ditetapkan dengan pencalonan jawatan perlu dibuat sebelum 15 Jun yang bermakna setiap calon yang hendak bertanding perlu menghantar pencalonan masing-masing sebelum atau pada 11.59 malam, 14 Jun.
Malah, Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) sendiri sudah mengeluarkan kenyataan Khairy tidak layak bertanding jawatan Presiden, selepas gagal menepati tarikh tutup pencalonan. Ini termasuk empat calon lain termasuk Timbalan Presiden, John Ng dan Setiausaha Agung, Siti Zaharah Abdul Khalid, serta dua calon lain kerana masing-masing gagal mengemukakan borang pencalonan mengikut tempoh ditetapkan.
Namun, tindakan PPS yang gagal menguatkuasakan arahan mereka sendiri dengan ‘memberi muka dan berlembut’, menyaksikan kemelut ini berlarutan tiada penghujung selepas proses mediasi yang dijalankan turut gagal mencari penyelesaian. Daripada kemelut ini terus berlarutan dan atlet terus menjadi mangsa, calon yang lewat menghantar borang termasuk Khairy wajar menarik diri.
Malah, Khairy sebagai pemimpin boleh menunjukkan jiwa besarnya dengan memulakan tindakan mulia itu, apatah lagi, peribahasa ada mengatakan ‘ular yang menyusur akar takkan hilang bisanya.’ Malah, pengorbanan Khairy dalam memperjuangkan nasib atlet para tetap akan dipandang tinggi kerana umum mengetahui sudah banyak jasanya dalam membangunkan sukan itu termasuk dalam menyamaratakan insentif kemenangan atlet para dengan atlet normal.
Bukan itu sahaja, atlet para yang memenangi pingat emas, perak dan gangsa di Sukan Olimpik juga layak menerima pencen masing-masing - semuanya kerana perjuangan dan pengorbanannya dalam memartabatkan sukan para.
Namun, masihkah Khairy ingat ketika menjadi menteri dulu, beliau sendiri pernah menasihatkan pemimpin persatuan sukan kebangsaan supaya tidak berebut kuasa dan bercakaran sesama sendiri yang menyebabkan sukan serta atlet menjadi mangsa?
Jadi, inilah masanya untuk membuktikan beliau cakap serupa bikin dengan menarik diri bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku sekali gus meletakkan kembali MPM di landasan sebenar.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.