https://critoxium.com/shop/

Terkini

Perkara lucu, bodoh kurangkan tekanan di tempat kerja

Dalam kehidupan sebenar, ramai atau mungkin sebahagian daripada kita adalah seorang yang lucu. Orang yang lucu diperlukan untuk membuat kerja dan menjadikan kehidupan seharian kita gembira.

Dalam keadaan biasa, pasukan yang produktif adalah pasukan yang gembira. Anda tidak mendapat inspirasi untuk kerja dengan berjaya sekiranya pasukan terdiri daripada ahli “bermasam cuka” dan ahli yang tertekan.

Andainya anda masuk ke pejabat dengan bermuka tegas, sinis, tidak humor dan serius, pasti ahli pejabat akan merasa beban tekanan.
Semua orang akan merasa “terbeban”, tegar dan risau menghadapi hari tersebut.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengiktiraf tekanan berkaitan pekerjaan sebagai penyakit yang membawa kepada kemerosotan profesional dan perasaan sinis, negatif, dan keletihan.

Kajian 2018 oleh Wrike mendapati 94% pekerja mengalami tekanan berkaitan dengan kerja, sementara hampir satu pertiga merasakan tahap tekanan yang tidak dapat dikekalkan di tempat kerja.

Ia mungkin kelihatan lucu, tetapi menjadikan pejabat sebagai “bercahaya” dan melakukan beberapa perkara yang “lucu dan bodoh” mungkin boleh meningkatkan produktiviti dan hubungan.

Melakukan perkara lucu dan bodoh mungkin hanya percikan api yang anda perlukan untuk memberi inspirasi kepada pasukan anda untuk menjadi diri mereka yang terbaik.

Jika semua orang bersungguh-sungguh dalam bekerja, maka semua orang tidak akan selesa dan berasa kurang peluang, kreativiti dan bersikap hambar.

Kita pasti tidak memerlukan budaya tertekan untuk bekerja dalam kehidupan seharian kita.

Untuk memberi inspirasi kepada produktiviti sambil mengekalkan suasana kemeriahan bekerja, kita mungkin perlu melakukan beberapa perkara lucu dan bodoh untuk memastikan persekitaran terserlah.


Apple, Microsoft, Etsy, dan Airbnb menggunakan kajiselidik nadi untuk mengukur dan menilai pekerja mereka.

Syarikat ini mengukur penglibatan pekerja dan mendapatkan pandangan tentang kesihatan tenaga kerja.

Kajiselidik nadi ini tidak seperti audit pekerja tradisional. Ia mudah dan perlu dilakukan dengan kerap.

Soalan-soalannya mudah, senang dan menumpukan lebih banyak untuk menggalakkan penyertaan yang berasaskan pembelajaran mengenai ahli jabatan dan berkongsi hasilan yang boleh meningkatkan mood dan membantu ahli pasukan.

Beberapa idea terbaik datang dari minda yang riang. Tidak perlu tekanan, lebih kepada aspek positif kerja dan penyelesaian yang benar-benar inovatif.

John Mackey, CEO Whole Foods, sering mengambil orang yang mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi untuk bekerja di syarikatnya.

Dia merasakan, ia adalah sifat penting dalam ciri dan peranan kepimpinan, lebih daripada kemampuan kognitif.

Orang yang mempunyai EQ tinggi tahu bagaimana menjadi serius apabila mereka perlu, dan tahu bertenang apabila keadaan memerlukan.

Mereka sentiasa memerhatikan, membantu meningkatkan EQ dan meningkatkan pengurusan perhubungan.

Orang yang bijak dan pandai mengawal emosi tahu berdepan tahap tekanan yang tinggi.

Bagaimanapun, orang yang mempunyai EQ yang tinggi mempunyai keupayaan unik untuk mengenali keadaan emosi ini dan menyesuaikan “mood”, walaupun mereka bukanlah orang mencipta tekanan.

Penjadualan sesi kaunseling dengan setiap individu mungkin mengambil masa tetapi budaya Malaysia sering membenteras pembangunan ini.

Kita mempunyai kaunselor di jabatan; gunakan sepenuhnya masa mereka kerana ini akan membantu perkembangan peribadi dan profesional setiap orang.

Kaunselor harus bertindak sebagai “pendinding” yang merahsiakan sebarang maklum balas atau pandangan yang diberikan oleh setiap ahli pasukan.

Pasukan yang berentak gembira dalam pekerjaan akan memperolehi keseronokan dan tenaga semasa bekerja. Jika ada yang gembira, kemungkinan besar ahli pasukan lain mengikutinya.

Perkara yang sama berlaku di mana-mana persekitaran. Organisasi yang senang, mudah dan gembira mendorong ahli untuk menjadi yang terbaik, dan tenaga positif itu menular.

Pasukan yang baik bukanlah satu pasukan yang mencari “kambing hitam” atau seseorang yang boleh dipersalahkan apabila perkara buruk berlaku.

Sesuatu kejayaan hendaklah diraikan bersama. Kadang-kadang bersikap sambil lewa membantu orang berasa selamat, dan keselamatan itu membawa kepada kuasa yang luar biasa.

Sekiranya anda perlu menyediakan pasukan anda, fikirkan dan cuba mencari rentasan beberapa kaedah yang melucukan dan memecahkan sebarang ketegangan yang anda rasa.

Apabila keadaan menjadi terlalu berat untuk rundingan dan perbincangan (kerana mereka cenderung), orang mungkin akan membantah dan bersedia untuk menentang. Dengan membuat perkara yang agak ringan dan mudah pada setiap peringkat proses, pertukaran tersebut akan menjadi lebih produktif dan berjaya.

Azizi Ahmad adalah seorang pendidik kanan

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.